Thursday 6 September 2012

TIPS KEPADA PEMBELI RUMAH


Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli RumahPastikan Pemaju Perumahan:
  • Mempunyai lesen yang sah dan masih berkuatkuasa
  • Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa
Status TanahPastikan status tanah:-
  • Hakmilik Kekal / Pajakan (Tempoh tamat)
  • Rezab Melayu.
    * Semakan dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.
Brosur Penjualan RumahBrosur / risalah boleh didapati secara percuma daripada pemaju.
Kandungan brosur:-
  • Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
  • Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
  • Nama dan alamat:
    • Pemaju perumahan berlesen
    • Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)
    • Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)
    • Syarikat pengurusan projek (jika ada)
       
  • Status tanah:
    • Pegangan Bebas
    • Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
    • Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
       
  • Deskripsi kedudukan
    • Spesifikasi bahan binaan rumah
    • Luas bangunan
    • Kemudahan/perkhidmatan
       
  • Nama projek perumahan;
  • Tarikh projek perumahan dijangka siap;
  • Harga jualan setiap jenis rumah;
  • Bilangan unit mengikut jenis rumah; dan
  • Nama Pihak Berkuasa Tempatan (pelan bangunan dan nombor rujukannya).

Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) dan Jenis Rumah
  • Jadual G - SPJB untuk tanah dan bangunan (landed property)
    • Banglo, Rumah Berkembar, Rumah Teres
  • Jadual H - SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Bangunan Berstrata)
    • Kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar.

Bayaran Pertama
  • 10% daripada harga rumah
  • Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama
  • Tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.
    Amaran:
    • Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran.
      • Tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.
      • Ansuran kepada pemaju yang tidak disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan
  • Pembeli akan dikenakan faedah 10% sekiranya
    • pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran.
    • Faedah dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Prosedur Pembatalan Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB)
  • SPJB boleh dibatalkan jika pembeli gagal membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari.
  • Pemaju bertanggungjawab menghantar Surat Berdaftar (A.R.) kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan SPJB. (subfasal 10(1)(a), 10(2) dan 10(3) dalam Jadual G atau Jadual H, Perjanjian Jual dan Beli)

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur / Harta Bersama
Pembeli perlu membayar:
  • kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Badan Pengurusan Bersama (bagi bangunan berstrata).
  • Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
    • Bagi tanah dan bangunan
      • Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
    • Bagi bangunan berstrata
      • Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan PerkhidmatanMulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
   
- Tanah dan bangunan
  1. Bayaran Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.
  2. Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Kadar Bayaran Pendahuluan sebanyak
    • 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong.
    • Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Tempatan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.
  
- Bangunan berstrata
  1. Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama:
    • Bermula apabila pemilikan kosong diambil.
    • Deposit satu (1) bulan
    • Tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan.
    • Apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu
    • Wajib dibayar kepada pemaju sehingga penubuhan suatu Badan Pengurusan bersama di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) atau
    • Sehingga Badan Pengurusan Bersama (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata (Akta 318) 1985.
 
* Peringatan: - Pembeli wajib membayar selaku pembeli / pemilik petak.

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
Bangunan berstrata sahaja.
Pembeli perlu membayar :
  • 10% daripada bayaran perkhidmatan
  • Bermula pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak.
  • Deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan.
Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lainPembeli perlu membayar:
  • Cukai tanah, kadaran,
  • cukai taksiran dan
  • bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong
Pemaju perlu menyerahkan :
  • Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
  • Dalam tempoh kalendar dari tarikh SPJB : 
    • 24 bulan (bagi tanah dan bangunan) dan
    • 36 bulan (bagi bangunan berstrata).

Syarat-Syarat Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
  • Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan / gadaian.
  • Syarat-syarat VP :-
    • Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
      • Bangunan tersebut telah siap.
      • Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
      • Pemaju telah memohon:
        • Pengeluaran CFO melalui Borang E *
        • PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.
  • Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT.
  • Kerja ubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT.
  • Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan.
  • Pastikan anda mendapat salinan aduan (Untuk kegunaan TTPR).
* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Bangunan Berstrata
  • Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
     
  • Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara keseluruhan bangunan dan harta bersama.

Bayaran GantirugiPemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi:
  • Sekiranya gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli
  • Dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan
  • 24 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
  • Pemaju dikehendaki membaiki kecacatan yang diadukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan aduan.
  • Selepas tamat tempoh 30 hari, jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju kos perbelanjaan yang diperlukan untuk membaiki kecacatan tersebut.
  • Pembeli perlu menghantar notis aduan secara bertulis melalui pos berdaftar atau melalui peguamcara pembeli.
  • Selepas 14 hari dari tempoh pemakluman kos tersebut jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan pembeli berhak mendapat balik wang daripada pemaju kos membaiki melalui memotong wang bayaran 5% seperti tercatat dalam Jadual Ketiga Fasal 4 (1) sebagaimana tercatat dalam SPJB yang dipegang oleh peguamcara pemaju.

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
  • TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi/ pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.
  • Tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas
    • tarikh Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) atau
    • Tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan (Defect Liability Period) seperti dinyatakan dalam SPJB
    • Tuntutan tidak boleh melebihi RM 50,000.

PengarahBahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
No. Telefon     : 603 - 8891 4410
No. Faksimile : 603 - 8891 4045
E-mel  : enforcement@kpkt.gov.my