Thursday 3 May 2012

Cash Out Refinance

Sekiranya nilai rumah anda (ditentukan nilai pasaran atau melalui kiraan penilai profesional) melebihi baki pinjaman yang tinggal, anda boleh cash out perbezaan tersebut dengan interest refinance. Jadi cash out sebenarnya sejenis pinjaman peribadi di mana anda menggunakan rumah sebagai cagaran. Jumlah yang layak dipinjam adalah “nilai rumah” tolak “baki pinjaman yang belum berbayar”. Jumlah ini juga digelar sebagai ekuiti yang membawa maksud bahagian nilai rumah yang dimiliki tuan rumah selepas ditolak hutang.
Contoh: Katakan rumah anda dibeli 10 tahun yang lepas berharga RM250,000. Andaikan rumah anda sekarang bernilai RM350,000. dan baki pinjaman anda adalah RM200,000. Maka apabila anda refinance, anda ada opsyen untuk cash out RM350,000 tolak RM200,000 = RM150,000.
Opsyen cash out ini boleh dinikmati oleh semua pemilik rumah selagi terdapat perbezaan positif antara nilai rumah sekarang dan baki pinjaman.
Wang daripada Cash Out refinancing ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Biasanya, pemilik rumah menggunakan dana tersebut untuk:
Pembaikan dan ubahsuai rumah (renovation)
Sekiranya ubahsuai rumah dilakukan dengan professional ianya mampu meningkatkan nilai rumah lebih daripada kos pengubahsuaian. Justeru, pemilik rumah bukan saja dapat mendapat kepuasan daripada pengubahsuaian tersebut malah ianya juga memberi manfaat ekonomi apabila tuan rumah menjual rumahnya kelak.
Membiayai yuran kolej atau universiti
Ramai ibubapa tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke IPTA. Maka, mereka boleh menggunakan cash out refinancing untuk tujuan pembiayaan kos pendidikan anak-anak.
Penstrukturan Semula Hutang
Sekiranya anda ada hutang kad kredit yang interestnya tinggi dan anda mempunyai masalah menjelaskan hutang tersebut, anda boleh mendapat “pinjaman” cash out refinancing untuk membayar hutang-hutang anda yang lain.
Pembelian Rumah Baru
Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan wang daripada cash out ini sebagai down payment pembelian rumah baru.

 Untuk Keterangan Lanjut & Permohonan layari blog kami:http://mohd-azil.blogspot.com
 atau Hubungi Kami,


 Mohd azil
 Consultant Executive
 HP 012-7752839
 Email: ejenloan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment