Monday 30 July 2012

Kepentingan Perakaunan Dalam Perniagaan

Tanpa mengira perniagaan kecil atau besar, peranan sistem perakaunan kepada perniagaan adalah sama.
Bukankah objektif utama dalam perniagaan ialah mencari keuntungan?

Maksud di sini adalah keuntungan kewangan.
Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya.
Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.

Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi.
Perniagaan dianggap untung bila ada lebihan jualan dan sebaliknya.

Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.

Jelas dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan.

Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

No comments:

Post a Comment