Tuesday, 4 October 2011

MOTIVASI & RENUNGAN

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

 Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

 

"Kisah Di Sebalik Bacaan Bismillah"



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Wallahu'alam....


p2cm    

Belenggu Diri – Pengetahuan dan Pengalaman Hidup

Motivasi DiriPengetahuan dan pengalaman hidup banyak membantu diri kita untuk mengharungi hidup yang penuh mencabar. Pengetahuan dan pengalaman yang berguna menjadi sumber kepada motivasi diri. Namun ada ketika di mana pengetahuan dan pengalaman hidup menjadi halangan untuk transformasi diri.
Kali ini saya ingin membawa satu kisah biasa dalam kehidupan seharian. Jika diteliti, corak gerakbalas kita dalam kehidupan biasa akan menentukan gerakbalas kita bila berdepan dengan situasi lain dalam kehidupan, yang akan memberi impak kepada motivasi diri kita.
Kisahnya:
“Abah, apa benda yang menjadi beku bila kena panas?”, tanya anak saya.
Sebagai seorang yang pernah belajar sains, minda saya dengan segera mencipta belenggu, “sesuatu akan beku bila disejukkan dengan suhu yang lebih rendah dari kosong darjah Celsius.
Apa yang datang di fikiran saya, “Mana ada benda jadi beku bila kena panas.”
Itulah keyakinan saya pada masa itu. Justeru saya mencari jawapan dalam sudut pandangan atau lingkungan tersebut. Lingkungan yang dibataskan oleh ilmu pengetahuan atau pengalaman yang diperolehi sebelum ini. Pemikiran saya terhad kepada belenggu atau sempadan yang saya cipta sendiri. Sebagai natijah, saya tidak menemui jawapan yang dicari.
“Okay, Abah dah give up?” Saya menjawab ya dan bertanyakan jawapannya.
“Telur.” Jawab anak saya. “Bila direbus, ia akan jadi keras.”
Semua orang tahu telur akan menjadi keras bila direbus. Tetapi saya tidak terfikirkannya kerana mencari jawapan dari sudut pandangan “beku”. Saya kira situasi yang sama sering timbul dalam kehidupan seharian. Kita sering mencari jawapan kepada masalah yang dihadapi dalam ruang lingkup yang sempit. Ruang lingkup yang kita sendiri bina atau adakan berdasarkan pengalaman hidup atau pengetahuan yang dimiliki. Bila jawapan yang dicari tidak ditemui, lantas menurun motivasi diri.
Tips Motivasi: Jawapan kepada masalah hidup ada dalam diri setiap dari kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk membuang belenggu yang menghalang kita dari menimbulkannya. Seperti gunung ais, apa yang kelihatan itu boleh diibaratkan sebagai pengetahuan dan pengalaman kita. Banyak lagi yang terpendam dalam diri kita, selaminya untuk melihat keindahan dan menerbitkan motivasi baru.


Hidup Adalah Sesuatu Yang Tidak Dapat Dijangkakan 


key_success
Kita meninggalkan keselamatan dan keselesaan berada di rumah kita setiap hari samada untuk ke pejabat, sekolah, pasar, melawat rakan dan sebagainya.  Alasannya mungkin berbeza dari hari ke hari, namun ada yang sama. Setiap hari kita meninggalkan rumah, kita beranggapan kita akan kembali semula di waktu petang atau malamnya. Biasanya anggapan tersebut betul, setiap hari kita dapat kembali ke rumah dengan selamat dan dapat berjumpa kembali dengan ahli keluarga.
Walaupun kita ingin percaya bahawa kita akan selalu selamat, hakikatnya ada orang yang bangun di pagi hari, minum secawan kopi, membaca akhbar, meninggalkan rumah dan tidak kembali lagi. Ramai yang pergi meninggalkan kita setiap hari, mungkin disebabkan serangan jantung, kemalangan jalanraya atau sebab-sebab lain. Apapun sebabnya, penting untuk diingat bahawa hidup ini singkat dan kita benar-benar tidak tahu apa yang akan berlaku.
Saya bukan ingin bersikap negatif tetapi hendak mengingatkan semua (termasuk diri saya), bahawa hidup ini rapuh dan kita perlu menghargai setiap saat hidup kita di setiap hari. Saya teringat yang saya sering kali bergegas keluar rumah setiap pagi untuk pergi kerja tanpa mengucapkan selamat tinggal pada orang yang tersayang kerana takut terlambat. Seperti kebanyakan orang, saya menjadi korban ilusi bahawa saya akan kembali ke rumah di waktu petang dan akan mempunyai masa berkualiti bersama mereka.
Mari kita sama-sama ingat kembali, betapa kerapnya kita meninggalkan rumah tanpa mengucapkan selamat tinggal, memeluk atau mengatakan “Aku Sayang Padamu”? Berapa kerap kita meninggalkan rumah dengan perasaan marah, penuh rasa benci dan tidak mahu memaafkan atau menyelesaikan isu dengan seseorang yang kita benar-benar ambil berat?
Jangkaan saya ia adalah sesuatu yang kita semua boleh kaitkan dan telah mengalaminya di beberapa titik dalam hidup kita. Ingatlah walaupun kita perlu berfikir positif dan hidup setiap hari secara maksimum kita harus juga menghargai rahmat hidup dan mereka yang kita sayangi. Jangan mengharap kita akan mempunyai kesempatan untuk memberitahu seseorang bahawa kita menyayangi mereka atau memaafkan kesalahan mereka hanya untuk bersedih di kemudian hari kerana kita terlambat. Saya berani katakan bahawa tidak ada alasan atau beberapa minit yang diselamatkan dengan bergegas keluar pintu akan bermakna atau berguna kepada kita jika ditakdirkan orang yang disayangi pergi meninggalkan kita.
Hidup ini begitu berharga dan setiap hari yang dianugerahkan kepada kita adalah benar-benar sebuah keajaiban justeru jalani kehidupan ini dengan sepenuhnya, selalu bersyukur, belajar untuk memaafkan, mengingatkan manusia untuk berbuat baik di setiap kesempatan yang ada, dan yang paling utama, sayangi semasa insan. Ini akan membuat setiap hari jauh lebih baik bagi semua orang dan kita boleh meninggalkan rumah kita mengetahui bahawa tidak kira apa yang akan terjadi pada hari itu, kita telah benar-benar menjalani hidup kita yang terbaik.

No comments:

Post a Comment