Thursday, 7 June 2012

KEBANKRAPAN…. Perkara Yang Perlu Dihindari.

Kebankrapan merupakan satu proses di mana seorang individu penghutang itu diisytiharkan sebagai muflis/bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman (dan Perintah Penerimaan) yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.

Umumnya, bankrap atau muflis bermaksud seorang individu yang secara rasmi mengaku bahawa beliau tidak mampu untuk membayar segala hutang yang ditanggunginya.
Antara sebab-sebab seseorang itu dijatuhkan bankrap ialah hutang pinjaman SEWA BELI KENDERAAN, HUTANG PINJAMAN PERIBADI, HUTANG PINJAMAN PERUMAHAN, HUTANG PINJAMAN PELAJARAN, HUTANG KAD KREDIT, PENJAMIN SOSIAL DAN PENJAMIN KORPORAT.

Untuk pengetahuan semua, kebankrapan adalah merupakan masalah yang agak serius dewasa ini. Secara purata, seramai 18 RIBU HINGGA KE 20 RIBU ORANG DIISTIHARKAN MUFLIS SETIAP TAHUN! Kebankrapan tidak mengenal status sosial, pangkat dan latar belakang ekonomi dan akademik anda.


Kadang-kadang kita tidak menyedari sebenarnya kita dalam bahaya diistiharkan bankrap dengan hanya menandatangani sehelai borang! Yang paling menyedihkan ialah kita selalunya gagal untuk membaca keseluruhan syarat-syarat pinjaman dan memahami implikasi yang bakal berlaku sekiranya peminjam dan/atau penjamin gagal melunaskan bayaran pinjaman tersebut. Selalunya yang teraniaya adalah penjamin yang tidak mendapat apa-apa keuntungan hasil dari perjanjian pinjaman tersebut sebaliknya terpaksa menanggung kesusahan diistiharkan bankrap!


Banyak perkara yang ditegah/tidak boleh dilakukan oleh seorang bankrap mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kebankrapan 1967. Perkara ini akan dikupas dalam siri akan datang. Nantikan edisi Info RZ berkenaan kebankrapan yang seterusnya.


Oleh yang demikian, berhati-hatilah dalam perbelanjaan seharian ataupun dalam menjalankan perniagaan ataupun menjadi penjamin pinjaman! Kawal perbelanjaan kad kredit anda secara berhemah. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian padah akibatnya dan tidak berguna lagi.

No comments:

Post a Comment