Apa itu CCRIS?
Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat 
dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah 
diberikan kepada pelanggan mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) 
di Bank Negara Malaysia. CCRIS (Central Credit Reference Information 
System) adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat
 yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Terdapat lebih 
kurang 9 Juta maklumat pinjaman peminjam di Malaysia yang disimpan di 
dalam sistem pangkalan data di CCRIS pada hari ini. Data pinjaman yang 
diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh 
CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh 
mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.
Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah pinjaman, interest dan caj-caj 
tertunggak pada setiap pinjaman anda termasuk jenis pinjaman (perumahan,
 peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi 
gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh 
peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). Laporan CCRIS 
juga memberitahu pinjaman yang yang telah dipohon serta maklumat ringkas
 terhadap saman atau bankrupsi.
Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan 
menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman 
anda. Secara amnya, setiap institusi kewangan akan menolak permohonan 
anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran
 setiap pinjaman. Mereka juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan 
dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira 
berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat 
ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap 
bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan 
pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun
 tidak semua institusi kewangan begitu.
Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:
Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my
Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my
 
No comments:
Post a Comment