Wednesday, 5 October 2011

RUANGAN PROSES PEMBELIAN RUMAH




 

 

PERBEZAAN BELI RUMAH RM100K


RUMAH BARU:
1- Booking RM1000.
2- Duit Muka(DOWNPAYMENT)10%(RM10K).
3- Geran under Master Title(milik pemaju)Kos tukar nama RM2K.
4- SPA(sales & Purcase agreement) perjanjian jualbeli.
- * Pembeli & pemaju = FREE.
- * Pembeli & bank = RM5K.
- * Buka fail = RM1k.
5- Juru nilai = RM500.
6- Grill/Lampu/Kipas = kos diantara rm1k - rm3k.
7- Proses jual-Beli jangka masa minimun 6 bulan.
8- Kena tunggu siap 1 hingga 2 tahun.

ANGGARAN KOS : RM21,500.

RUMAH 2ND :
1- Booking RM0(tidak perlu)
2- Duit Muka( DOWNPAYMENT) RM0 (tidak perlu).
3- Geran terus Milik PEMBELI.
4- SPA(Sales & Purcase Aggrement)Perjanjian Jual Beli.
- * Pembeli & Penjual.
- * Pembeli & Bank.
- * Buka Fail.
- * Total kos 3 perkara di atas adalah RM4600.
5- Juru nilai kos RM500.
6- Grill/Lampu/kipas = FREE (SUDAH SEDIA ADA).
7- Proses Jual-Beli jangka masa maksimun 4 Bulan.
8- Rumah dah sedia di duduki.

ANGGARAN KOS : RM5100

PERHATIAN:Untuk mengetahui lebih lanjut atau masih musykil di dalam urusan jualbeli rumah anda juga boleh email ke ejenloan@yahoo.com atau hubungi saya di 012-7752839 .TQ

 

PELUANG MEMILIKI RUMAH UNTUK PENIAGA ATAU MEREKA YANG BERKERJA SENDIRI & TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN LENGKAP

Jaminan RM300 juta

Fazlur Rahman
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SYARIKAT Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan dan diperbadankan pada 2007 terus komited untuk membantu lebih ramai golongan yang tidak berpendapatan tetap membeli rumah kediaman apabila menyasar untuk meningkatkan jumlah jaminannya kepada RM300 juta pada 2012.
Pengarah Urusan Prokhas merangkap Pegawai Utama SJKP, Fazlur Rahman berkata, pihaknya yakin dapat mencapai jumlah yang disasarkan terutama disokong dengan promosi yang dijalankan sepanjang tahun.

“Cadangan penubuhan SJKP ini timbul selepas melihat keperluan untuk membantu mereka yang tiada pendapatan tetap seperti peniaga kecil, pasar malam, pengusaha kedai makan, pemandu teksi, petani, nelayan dan mereka yang bekerja sendiri untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan membeli rumah.

“Secara umumnya golongan ini tidak mempunyai dokumen bukti sumber dan jumlah pendapatan bulanan sebagaimana yang dikehendaki pihak bank, tetapi mereka mampu membuat pembayaran bulanan yang ditetapkan. Namun begitu, SJKP tidak mengeluarkan sebarang pinjaman perumahan sebaliknya menjamin bank yang mengeluarkan pinjaman perumahan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, penubuhan SJKP tidak berunsur kepada keuntungan, tetapi lebih kepada memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan membantu kerajaan mencapai objektif untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


Fazlur berkata, SJKP juga melaksanakan penambahbaikan skim jaminan yang mana pihaknya membenarkan jaminan kredit perumahan dikeluarkan kepada golongan yang berpendapatan tetap tertakluk kepada had maksimum dana sebanyak RM200 juta dan ia dijangka dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah mendapatkan pinjaman perumahan yang diperlukan bagi pembelian rumah pertama.



Beliau berkata, syarat utama kelayakan untuk memohon skim ini adalah golongan bukan berpendapatan tetap, warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pembelian rumah pertama, kos rendah dan sederhana.

“Setakat 29 September 2011, SJKP meluluskan sebanyak 2,875 permohonan jaminan kredit perumahan berjumlah melebihi RM134.98 juta termasuk Sabah dan Sarawak. Malah, kami mengalu-alukan mereka yang layak untuk menyertai skim ini tidak mengira mereka membeli rumah di bandar mahupun di luar bandar selagi ia untuk tujuan kediaman sendiri.


“Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat orang ramai boleh melayari laman web www.sjkp.com.my atau hubungi 03-20968989,” katanya.

Terdapat 15 institusi kewangan turut serta dalam SJKP, antaranya Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, Maybank, Alliance Bank, Hong Leong Islamic Bank, Bank Rakyat, Ambank, Eon Bank dan Affin Bank.



 

Pinjaman Rumah Baru & Refinance

Sama ada matlamat anda adalah untuk mendapat pinjaman perumahan untuk rumah baru, pembiayaan semula (refinance) atau ingin cash out ekuiti rumah, kami sedia membantu. Dengan rangkaian bank yang luas dan kepakaran serta pengalaman kami, anda tidak perlu lagi mencari pinjaman perumahan yang sesuai dengan melawat setiap bank satu per satu.
Melalui perkhidmatan professional yang kami sediakan, anda pasti akan mendapat pakej pembiayaan yang sesuai.
Pembelian Rumah Baru

Kami ada pinjaman yang sesuai untuk anda sama ada anda sedang mencari pembiayaan dengan kadar keuntungan yang terendah, margin yang tertinggi atau tempoh yang paling lama.
Pinjaman perumahan konvensional & islamik untuk pembeli rumah baru
Refinance Rumah
Dengan refinance, anda dapat mengurangkan bayaran ansuran setiap bulan, memendekkan tempoh pembiayaan dan boleh menggabungkan semua hutang lain (debt consolidation).
Refinance (pembiayaan semula) dan manfaat kepada anda
Cash-out Tunai
Perlukan tunai dengan kadar keuntungan yang rendah? Sekiranya anda pemilik rumah, anda boleh mendapat pembiayaan tunai tanpa penjamin dengan menggunakan opsyen cash out.

Cash Out Refinance

Sekiranya nilai rumah anda (ditentukan nilai pasaran atau melalui kiraan penilai profesional) melebihi baki pinjaman yang tinggal, anda boleh cash out perbezaan tersebut dengan interest refinance. Jadi cash out sebenarnya sejenis pinjaman peribadi di mana anda menggunakan rumah sebagai cagaran. Jumlah yang layak dipinjam adalah “nilai rumah” tolak “baki pinjaman yang belum berbayar”. Jumlah ini juga digelar sebagai ekuiti yang membawa maksud bahagian nilai rumah yang dimiliki tuan rumah selepas ditolak hutang.
Contoh: Katakan rumah anda dibeli 10 tahun yang lepas berharga RM250,000. Andaikan rumah anda sekarang bernilai RM350,000. dan baki pinjaman anda adalah RM200,000. Maka apabila anda refinance, anda ada opsyen untuk cash out RM350,000 tolak RM200,000 = RM150,000.
Opsyen cash out ini boleh dinikmati oleh semua pemilik rumah selagi terdapat perbezaan positif antara nilai rumah sekarang dan baki pinjaman.
Wang daripada Cash Out refinancing ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Biasanya, pemilik rumah menggunakan dana tersebut untuk:
Pembaikan dan ubahsuai rumah (renovation)
Sekiranya ubahsuai rumah dilakukan dengan professional ianya mampu meningkatkan nilai rumah lebih daripada kos pengubahsuaian. Justeru, pemilik rumah bukan saja dapat mendapat kepuasan daripada pengubahsuaian tersebut malah ianya juga memberi manfaat ekonomi apabila tuan rumah menjual rumahnya kelak.
Membiayai yuran kolej atau universiti
Ramai ibubapa tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke IPTA. Maka, mereka boleh menggunakan cash out refinancing untuk tujuan pembiayaan kos pendidikan anak-anak.
Penstrukturan Semula Hutang
Sekiranya anda ada hutang kad kredit yang interestnya tinggi dan anda mempunyai masalah menjelaskan hutang tersebut, anda boleh mendapat “pinjaman” cash out refinancing untuk membayar hutang-hutang anda yang lain.
Pembelian Rumah Baru
Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan wang daripada cash out ini sebagai down payment pembelian rumah baru.

Pentingnya Faktor-Faktor Persekitaran

Soalan: Apakah tiga faktor paling penting apabila memilih sebuah rumah?
Jawapan: Lokasi, lokasi, lokasi

Apabila memilih sebuah rumah, pakar-pakar hartanah menasihatkan pembeli supaya mementingkan lokasi sesebuah rumah. Biasanya, pembeli tertarik kepada faktor-faktor yang kurang penting mengenai rumah yang ingin dibeli. Walaubagaimanapun, pembeli dinasihatkan juga memberi perhatian kepada persekitaran rumah dan bukan saja rumah tersebut. Faktor persekitaran adalah seperti jiran, imej, kebersihan, kedamaian dan sebagainya. Tersenarai di bawah adalah faktor-faktor persekitaran yang perlu dipertimbangkan apabila membeli rumah:
Gaya HidupGaya hidup anda amat penting untuk dipertimbangkan apabila membeli rumah. Contoh sekiranya anda merupakan seseorang yang suka membeli-belah, maka adalah lebih sesuai anda membeli rumah yang dekat kepada pusat membeli-belah. Ataupun anda sudah bersara dan anda minat bersenam, persekitaran yang ada banyak pokok dan taman-taman adalah lebih sesuai untuk anda. Ramai pembeli kesal setelah membeli rumah yang jauh daripada tempat kerja.
Sistem Pengangkutan
Salah satu faktor yang penting adalah sistem pengangkutan. Adakah lokasi rumah yang ingin anda beli selalu ada kesesakan jalanraya? Adakah ianya dekat dengan LRT atau stesyen bas?

Persekitaran yang Selamat
Anda juga perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan. Anda pasti risau tentang keselamatan anda dan keluarga anda sekiranya anda tinggal di kawasan dimana indeks jenayah adalah tinggi. Anda boleh membuat survey dengan mengkaji jenis penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan persekitaran. Ataupun, anda mungkin lebih minat kawasan yang “gated and guarded”.

Pembangunan Masa Depan
Buat kajian tentang pembangunan masa depan yang dirancang untuk lokasi anda. Kaji sama ada terdapat perancangan untuk membina pusat membeli belah, apartment, bangunan komersial, masjid dan lain-lain bangunan di kawasan yang berdekatan. Cara kawasan di persekitaran rumah anda diperkembangkan pada masa depan akan mempengaruhi harga pasaran rumah anda.

Fikir Tentang Pembeli Masa Depan
Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda dalam lima sehingga sepuluh tahun, anda perlu ambil kira harga pasaran pada masa itu. Anda mungkin tidak kisah sangat tentang satu dua faktor negatif mengenai rumah anda tetapi kemungkinan pembeli lain tidak berkongsi pendapat yang sama dengan anda. Sekiranya anda memilih lokasi yang baik, nilai rumah anda akan naik dan anda akan mendapat untung yang banyak apabila menjual rumah anda kelak.

Nota Penting: Anda boleh ubahsuai rumah anda supaya ianya lebih menarik TETAPI anda tidak dapat anda tidak dapat membuat perubahan kepada persekitaran anda!

 

PROSES PEMBELIAN RUMAH

Salam kepada para pengunjung yang di hormati .pada sesi kali ini saya akan menerangkan bagaimana proses pengurusan pinjaman perumahan yang di jalankan oleh pihak kami sepanjang 4 tahun di dalam bidang perundingan/pengurusan yang berkaitan dengan perbankan serta hartanah.
berikut adalah proses bagaimana urusan di jalankan daripada awal sehingga ke peringkat penyerahan anak kunci rumah.


1. Step 1 - TEMUDUGA
* Jenis perkerjaan pemohon.
* Pendapatan bulanan pemohon dan isteri (jika berkerja)
* Jenis hutang pinjaman di bank lain jika ada. contoh: kereta/kad kredit/sebagainya.


2. Step 2- PENYERAHAN DOKUMEN PERKERJAAN PEMOHON
* Pemohon hendaklah menyerahkan dokumen perkerjaan sekarang.
* Bertujuan untuk mendapatkan guide line berapa loan yg boleh pemohon dapat.
* Masa yg di ambil 2-3 minggu.


3. Step 3- LOKASI PEMBELIAN RUMAH
* Pemohon akan di bawa melihat rumah di lokasi yg dipilih pemohon.
* Melihat di kawasan dalam/luar rumah.
* masa yg di ambil 2-3 hari


4. Step 4- TANDATANGAN MEMORANDUM
* Setelah pembeli bersetuju,pihak kami akan menyediakan surat perjanjian.
* Surat persetujuan ini ialah di antara pembeli dan syarikat yg menguruskan.
* masa yg diambil 1-2 hari.


5. Step 5- BANK/SURAT TAWARAN
* Kelulusan daripada pihak bank.
* Sekiranya lulus pihak bank akan menyediakan surat tawaran pinjaman.
* masa yg diambil 1- 2 minggu


6. Step 6- SPA/LD AGGREMENT
* SPA-surat perjanjian jualbeli antara penjual dan pembeli.
* LD- surat perjanjian antara pembeli dan bank.
* masa yg di ambil antara 2-3 bulan.


7. Step 7- PENGELUARAN KWSP
* Pengeluaran adalah untuk deposit rumah.
* Masa yg diambil termasuk dgn step 6 diatas.


8. Step 8- PENYERAHAN KUNCI RUMAH
* merupakan proses terakhir di akhir urusan.


9. RUJUKAN: Master title- belum pecah geran = 4 + 2 bulan.
: Geran - Penjual (hutang bank) proses=3 + 1 bulan
: Geran - Penjual (Hutang angkasa-perbendaharaan kerja kerajaan= proses lama.
: Kos rendah- proses = 8-9 bulan.


Seperti yg anda lihat tadi, begitulah proses pengurusan jualbeli rumah dijalankan.Pihak kami menguruskan perkhidmatan ini meliput semua negeri..bagi pengurusan bank..pihak kami akan tarik aggrement di bank yg terdekat dengan tempat tinggal anda.Pada sesi akan datang saya akan menerangkan perbezaan pembelian rumah baru dengan rumah 2nd..sekiranya pihak anda memerlukan perkhidmatan kami di dalam urusan jualbeli rumah boleh hubungi talian berikut:


EN .AZIL H/P 012-7752839
Atau email ke alamat berikut:ejenloan@yahoo.com

 

No comments:

Post a Comment