Thursday 7 June 2012

Gunakan Cek untuk setiap perbelanjaan.

Pembelian dan perbelanjaan dengan cek adalah kaedah yang paling berkesan untuk mengenal pasti setiap perbelanjaan yang telah dikeluarkan.
Butiran cek akan ditulis di sudut kanan pangkal cek (selalu disebut 'Cheque Butt') seperti Tarikh, tujuan pembayaran, amaun yang dikeluarkan dan nama penerima bayaran.
Anda tidak perlu membawa tunai y
ang banyak kemana-mana. Pembayaran secara cek adalah kaedah yang paling selamat, berkesan dan mudah. Setiap perbelanjaan melalui cek akan pasti tercatat di dalam Penyata Bank. Sekiranya anda terlupa untuk merekodkan perbelanjaan perniagaan anda sekalipun, transaksi akan tetap tercatat di dalam Penyata Bank anda.
Anda boleh memohon untuk mendapatkan servis ini dari mana-mana bank.
Tahukah anda , cek juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran kepada pembekal anda untuk sesuatu bayaran itu pada tarikh yang anda kehendaki. Cek ini selalunya digelar 'Post dated Cheque'.
Dengan mengeluarkan 'Post dated Cheque', cek hanya boleh di masukkan ke bank pada tarikh yang anda inginkan yang mana tarikhnya telah anda tulis di atas cek. Sebagai contoh, anda boleh mengeluarkan cek pembayaran 'Post dated Cheque' pada hari ini dengan menulis tarikh pada bulan hadapan dan diberikan kepada pembekal untuk membuat pembayaran bulan hadapan. TETAPI anda perlu memastikan dan peka terhadap 'Post dated Cheque' apabila ia ditunaikan baki di bank hendaklah mencukupi.

No comments:

Post a Comment