Saturday, 10 September 2011

BOLA TU BULAT




Akui kesilapan

CERIA...kepulangan   Sharbinee  (kanan)  di Lapangan Terbang Sultan Mizan, Gong Badak, semalam tetap disambut meriah penyokong Penyu.
CERIA...kepulangan Sharbinee (kanan) di Lapangan Terbang Sultan Mizan, Gong Badak, semalam tetap disambut meriah penyokong Penyu.
SELEPAS dikritik hebat kerana dikatakan sebagai punca utama kepada kekalahan Terengganu pada final Piala Malaysia kelmarin ketika bertemu Negeri Sembilan, penjaga gawang skuad Penyu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tampil memohon maaf kepada penyokong skuad Pantai Timur itu.
Dengan rasa rendah diri, Mohd Sharbinee yang juga penjaga gawang skuad kebangsaan, berkata tidak terlintas di hatinya untuk menghampakan setiap penyokong Terengganu sambil mengakui kesilapan yang dilakukannya menyebabkan Terengganu gagal mengulangi pencapaian 10 tahun lalu apabila kali terakhir menjulang Piala Malaysia.

“Saya minta maaf, saya akui kesilapan saya. Memang langsung tak ada niat untuk hampakan semua peminat,” katanya dengan nada kesal.

Pada perlawanan kelmarin, Mohd Sharbinee gagal menampan kemas sepakan silang jarak jauh yang dilakukan pemain sayap Negeri Sembilan, S Kunanlan pada minit ke-80 sekali gus menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben berjaya menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol hasil jaringan Mohd Ashaari Shamsuddin.

Berpunca daripada gol penyamaan itu, Negeri Sembilan terus menggandakan asakan dan hasilnya, Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol emas pada minit ke-86 sekali gus menyaksikan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah menjulang piala berprestij itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Mengulas lanjut, pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia menerima segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sambil menyatakan insiden kelmarin memberi pengajaran amat berguna kepadanya.
 Saya sudah lakukan sebaik yang mungkin tetapi ia (kesilapan) tetap berlaku. Saya anggap ini sebagai pengajaran kepada saya. Harap saya tidak mengulanginya lagi selepas ini,” katanya.

 


AKSI LUAR NEGARA

MU kena buli

MANTAP...Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.
MANTAP...Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.
MANCHESTER: Manchester United dimalukan musuh setempat, Manchester City apabila dibelasah 6-1 di laman sendiri sekali gus memberikan pengiktirafan kepada skuad kendalian Roberto Mancini itu sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Juara bertahan United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Jonathan Evans dibuang padang menyaksikan gawang mereka dibolosi lima kali pada babak kedua dengan Mario Balotteli dan Edin Dzeko masing-masing menyumbat dua gol.

Kemenangan besar itu membolehkan City yang digelar ‘jiran kecoh’ oleh penyokong United terus menerajui liga dengan mengumpul 25 mata selepas sembilan perlawanan.

Pengurus City, Mancini membuat kejutan dalam senarai kesebelasan utamanya apabila menyenaraikan Balotteli yang mencuri tumpuan berikutan insiden kebakaran bilik airnya akibat bunga api kira-kira 24 jam sebelum perlawanan bermula untuk bergandingan dengan bintang Argentina, Sergio Aguero di bahagian serangan.

Namun pertaruhan itu tampak berhasil apabila, penyerang Itali itu meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-22 selepas rembatan leretnya dalam kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol, David De Gea.


Ketinggalan 1-0, United yang buntu untuk mengancam kubu musuh ketatnya cuba mengatur serangan lebih kemas namun beberapa percubaan mereka mudah dipatahkan.



Wayne Rooney mempunyai peluang terbaik pada minit ke-36 bagaimanapun rembatannya tepat ke arah dakapan penjaga gol City, Joe Hart.

Bersambung babak kedua, malang terus menimpa anak buah Alex Ferguson apabila kehilangan pemain pertahanan, Evans yang dilayangkan kad merah kerana menarik Balotelli yang sedang mara ke dalam kotak penalti.




Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya City untuk memulakan kenduri gol di Old Traf- ford menerusi gol kedua Balotteli pada minit ke-60 dan Aguero sembilan minit kemudian.

Skuad Red Devils cuba bangkit menerusi gol Darren Fletcher pada minit ke-81 namun penyerang gantian Dzeko kembali melebarkan jurang dengan menyumbat gol keempat City pada minit ke-89.


City terus berpesta apabila Silva yang melakukan serangan pantas berjaya merembat masuk gol kelima pada minit ke-91 sebelum Dzeko melengkapkan malam gemilang anak buah Mancini dengan menghasilkan gol keenam sementara United meratapi kekalahan pertama musim ini.


 


PEMAIN Manchester United membantah keputusan pengadil Mark Clattenburg (tengah) apabila melayangkan kad merah kepada Jonny Evans (kiri) dalam Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Old Trafford, malam tadi. Keputusan City menang besar 6-1.
PENGADIL perlawanan Chris Foy (kiri) melayangkan kad merah kepada penyerang Chelsea, Didier Drogba (bawah kiri) apabila membentes pemain tengah Queen Park Rangers, Adel Taarabt (bawah kanan) dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi ini. QPR menang 1-0. -
PEMAIN FC Bayern Munich, Tony Kroos (tengah) melakukan sepakan percuma di hadapan pintu gol yang dikawal pemain Hanover 96 dalam Liga Jerman Bundesliga awal pagi ini. Keputusan Bayern tewas 2-1.

Terengganu jumpa NS di final Piala Malaysia

PEMAIN Terengganu meraikan jaringan gol kedua pasukan menentang Selangor malam tadi yang disumbat Mohd Ashaari Samsudin (kiri). - Foto Makhzan
PEMAIN Terengganu meraikan jaringan gol kedua pasukan menentang Selangor malam tadi yang disumbat Mohd Ashaari Samsudin (kiri). - Foto Makhzan
Terengganu 2 Selangor 1 N Sembilan 2 T-Team 1

Terengganu menang agregat 4-1, NS menang agregat 6-3
TERENGGANU dan Negeri Sembilan enggan menyerah mudah apabila mempertahankan modal selesa masing-masing untuk gah layak ke final Piala Malaysia dengan menyambung rentetan kemenangan, malam tadi.
ANTARA aksi perlawanan separuh akhir antara pasukan Terengganu menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu (atas) dan perlawanan antara pasukan Negeri Sembilan menentang T-Team di Stadium Paroi, Sermban, malam tadi

 

 

Penyu berbisa

BERBISA...Abdul Manaf Mamat (kanan) meraikan jaringan kedua  Terengganu.
BERBISA...Abdul Manaf Mamat (kanan) meraikan jaringan kedua Terengganu.
DUA jaringan berharga Abdul Manaf Mamat pada separuh masa pertama memastikan Terengganu selangkah ke pentas final Piala Malaysia 2011 sekali gus hampir memadam “Misi 33”yang membara di kalangan pemain Selangor.
Kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi memberikan kelebihan selesa kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Kealpaan dan kelalaian pemain Selangor yang diketuai pemain pertahanan kiri, P Gunalan dalam merantai gerakan lawan jelas menghukum tuan rumah sehingga membolehkan pelawat menguasai sebahagian besar permainan.

Malah semangat membara Selangor yang mendapat sokongan 25,000 penyokong tersentak ketika perlawanan hampir memasuki minit pertama apabila penyerang sensasi Terengganu, Abdul Manaf membuka jaringan buat juara Piala FA itu.

Belum sempat barisan pemain Selangor mengemaskan permainan, Abdul Manaf sekali lagi menghukum anak-anak buah P Maniam menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-32 untuk mengecewakan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan buat kali kedua.


Dua jaringan itu menceriakan kira-kira 5,000 penyokong Terengganu dan jelas mengganggu perancangan awal Maniam yang menggunakan pemain tengah, Azidan Sarudin sebagai penyerang sehingga terpaksa memasukkan Rudie Ramli pada minit ke-36 untuk menguatkan jentera serangan.

PEMAIN Terengganu ceria menyambut kemenangan mengatasi Selangor 2-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. Dalam satu lagi aksi peringkat sama Negeri Sembilan menewaskan T-Team 4-2 di Kuala Terengganu.

Ketiadaan kapten berpengaruh, Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan jelas mengganggu rentak Selangor apabila gerakan mereka sering kali berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan sehingga menyaksikan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli jarang diuji.

Malah gandingan beberapa pemain tengah berpengalaman diketuai Mohd Safiq Rahim gagal merencanakan serangan berbahaya Selangor ke kubu lawan sebaliknya lawan tenang menguasai permainan.

Walaupun cuba meningkatkan rentak permainan, Selangor masih gagal mencari sebarang gol sebagai bekalan untuk dibawa ke Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan mereka terpaksa mencari tiga gol tanpa bolos sekiranya mahu menempah tiket ke final.

Kemenangan itu membolehkan naib juara Liga Super yang menyingkirkan juara bertahan, Kelantan pada suku akhir minggu lalu semakin hampir untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dijulang mereka pada 2001.




Negeri Sembilan benam T-Team


Oleh Hamid Salleh

2011/10/19

TANDUKAN Indra Putra (dua dari kanan) menewaskan penjaga gol NS Mohd Farizal Marlias di Kuala Terengganu, malam tadi.
TANDUKAN Indra Putra (dua dari kanan) menewaskan penjaga gol NS Mohd Farizal Marlias di Kuala Terengganu, malam tadi.
BEKAL selesa dikutip Negeri Sembilan ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi apabila menundukkan T-Team, 4-2 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah mendahului tiga kali pada babak pertama tetapi anak buah Yunus Alif bingkas menyamakan kedudukan sebelum Negeri Sembilan yang turun dengan status naib juara, melebarkan jurang pada awal babak kedua.

Pelawat membuka jaringan seawal minit keenam menerusi rembatan Shahurain Abu Samah yang menerima hantaran cantik S Kunanlan sebelum menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zairi Hafiezi Idris tetapi selang lima minit, Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk umpanan Fitiri Omar.
T-Team berpeluang menambah jaringan tetapi rembatan Norfarhan Mohamad pada minit ke-22 ditepis penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias dan penyerang veteran, Hairuddin Omar memastikan pelawat kembali di depan apabila menyempurnakan hantaran Shukor Adan dengan tandukan berbisanya.

Tuan rumah sekali lagi menyamakan kedudukan, kali ini menerusi Norfarhan yang rembatannya terkena tiang sebelum menerjah gawang tetapi sekali lagi Hairuddin tampil menambah jaringan dengan menanduk masuk hantaran lintang Kunanlan untuk kedudukan 3-2 sebelum rehat.

Sebaik babak kedua bersambung, Negeri Sembilan meneruskan asakan dan selepas enam minit, kelalaian benteng pertahanan T-Team mengeluarkan bola membolehkan Kunanlan mara ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan sepakan lencong untuk gol keempat Negeri Sembilan.

Dibolosi empat gol, Yunus mengambil keputusan menggantikan penjaga gol dengan memasukkan Jibrail Kamaron Baharin bagi menggantikan Zairi dan ternyata percaturan itu memberi kesan dengan pelawat gagal menambah jaringan untuk kedudukan 4-2 kekal hingga tamat.
T-Team perlu bekerja keras di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada perlawanan timbal balik Sabtu ini untuk mencari sekurang-kurangnya kemenangan 3-0 andai mahu mara ke final buat pertama kali.


Keputusan Liga Perdana Inggeris


2011/10/16

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Chelsea 3 (Sturridge 31, Terry 45, Ramires 61) Everton 1 (Vellios 81)

Liverpool 1 (Gerrard 68) Man Utd 1 (Hernandez 81)
Man City 4 (Balotelli 28, Johnson 47, Kompany 52, Milner 71) Aston Villa 1 (Warnock 65)

Norwich 3 (Pilkington 1, 63, Martin 10) Swansea 1 (Graham 12)

QPR 1 (Helguson 16) Blackburn 1 (Samba 24)

Stoke 2 (Walters 80, Delap 87) Fulham 0
Wigan 1 (Diame 40) Bolton 3 (Reo-Coker 4, Ngog 45, Eagles 90)

PEMAIN Manchester City, Mario Balotelli (kanan) berasak dengan pemain Aston Villa, Stilian Petrov dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, malam tadi. Man City tewaskan Aston Villa, 4-1.

 

 

 

PEMAIN Manchester United, Javier Hernandez (tengah) menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina, sekali gus membolehkan kedudukan terikat 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, malam tadi. - Foto Reuters

 

Penyu gah mara

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan ditunjukkan jalan keluar oleh Terengganu selepas aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, semalam sekali gus membolehkan juara Piala FA itu bertemu Selangor pada aksi separuh akhir.
Skuad Kelantan yang dikendalikan Datuk M Karathu bukan saja gagal bangkit untuk memadamkan kelebihan pelawat yang mencatatkan kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada Isnin lalu malah dikejutkan dengan dua jaringan awal lawan menerusi Ashaari Shamsuddin.

Pemain kebangsaan terbabit yang disisihkan skuad kebangsaan ke Australia baru-baru ini membuktikan kewibawaannya dengan membuka jaringan menerusi satu serangan balas pada minit ke-18 apabila mudah melambung bola tinggi menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Dia terus menjadi pemusnah kebangkitan The Red Warriors apabila meledak gol kedua pada minit ke-40 walaupun Kelantan terlebih dulu dihidangkan dengan sejumlah peluang menjaringkan gol termasuk dua percubaan kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi yang menggegar palang dan tiang gol.

Jaringan terbabit nyata memberikan keselesaan kepada anak buah Irfan Bakti Abu Salim yang menamatkan saingan separuh masa pertama dengan agregat 5-1.


Kelantan tetap cuba bangkit dengan membuka jaringan pada minit ke-54 menerusi jaringan Azamuddin Mohd Akil selepas penjaga gol Terengganu, Mohd Sharibee Allawee Ramli gagal menangkap kemas bola dan menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti Mohd Badri pada minit ke-70.



Jaringan terbabit terus menyedarkan barisan pemain Terengganu yang kembali mengemaskan corak permainan dan mempamerkan disiplin tinggi dalam mengekang asakan Kelantan diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Keputusan 2-2 di Kota Bahru itu membolehkan Terengganu mara ke separuh akhir dengan agregat 5-3. Terengganu dijadual menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada Selasa ini, diikuti aksi timbal balik di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Sabtu.








Sementara itu, T-Team turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. T-Team yang akan berjumpa Negeri Sembilan di separuh akhir, menang dengan agregat 4-2.

Kuasa Selangor

Oleh Azizan Hashim
sukan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUAS...pemain Selangor meraikan kejayaan   menewaskan pasukan Perak, semalam.
PUAS...pemain Selangor meraikan kejayaan menewaskan pasukan Perak, semalam.
KESUNGGUHAN semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.
Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Shafiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.

Apapun pada perlawanan itu, Perak walaupun menguasai permainan tidak nampak kelihatan mampu menjaringkan gol kerana selain tidak banyak mencipta peluang turut mendapati benteng lawan terlalu kental untuk ditembusi.

Keberkesanan corak bertahan anak buah P Maniam menyaksikan pintu gol Selangor penuh sesak hingga menyukarkan sebarang usaha pemain tuan rumah untuk memecah benteng pelawat.

Berbekalkan sokongan padu kira-kira 30,000 penonton, anak buah Norizan melancarkan serangan dari segenap sudut manakala percaturan Maniam untuk mengamalkan corak bertahan dan bergantung kepada serangan kilat sesekali mencemaskan kubu lawan. Bagaimanapun peluang terbaik pasukan itu pada minit ke-11 gagal dimanfaatkan.


Jentera serangan Perak yang menggandingkan Akmal Rizal-Failee Ghazali walaupun bergerak lincah tetapi sukar melepasi halangan barisan pertahanan Selangor yang berjaya menerap gerakan pasukan tuan rumah.

PIALA MALAYSIA 2011 - SELANGOR 3 - 1 PERAK

Malam tadi sekali lagi pasukan Selangor membuktikan bahawa mereka adalah gergasi yang dahagakan kejuaraan. Dengan membawa bekalan 2 gol untuk dibawa ke Ipoh nanti, ia memberikan sedikit keselesaan untuk Selangor melangkah ke pusingan seterusnya.

Bermain di Stadium Shah Alam, selangor berjaya mengalahkan pasukan Perak dengan jaringan 3-1. Pemain yang dilabelkan pakar sepakan percuma di Malaysia, Safiq Rahim telah membuktikan bahawa beliau memang layak digelar hero. 2 sepakan percuma yang cantik oleh beliau telah berjaya menghasilkankan 2 gol terbaik pada malam tadi. Tidak cukup dengan itu, Amirul Hadi Zainal juga mencatatkan nama sebagai penjaring untuk menjaringkan gol ke-3.

Selangor yang berubah watak selepas pemecatan K. Devan bulan lalu, sememangnya mempamerkan mutu permainan yang menghiburkan. Menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan kemantapan pemain2 di setiap sudut membuatkan pemain2 Perak kelemasan. Hanya selepas kemasukan Akmal Rizal berjaya mengubah corak permainan Perak yang sebelum ini tenggelam. Hasilnya perak berjaya juga menjaringkan 1 gol hasil dari salah faham pertahanan Selangor yang menyangkakan bahawa ada pemain Perak berada didalam kedudukan offside. Selepas itu Perak gagal merapatkan jurang walaupun Selangor bermain dengan 10 orang setelah Bunyamin dilayangkan kad merah.


Lain lain keputusan

(3) TERENGGANU LAWAN KELANTAN (1)

( stadium sultan nasaruddin shah 20.45 mlm)

(3) SELANGOR LAWAN PERAK (1)

(stadium shah alam 20.45)

(1) FELDA UNITED LAWAN NEGERI SEMBILAN (0)

(stadium MBPJ 20.45)

(1) SABAH LAWAN T-TEAM (2)

(stadium likas 20.15

Ketika jutaan rakyat Malaysia gembira dengan Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam namun di Australia, episod berbeza menyelubungi skuad bola sepak kebangsaan yang sememangnya sudah dijangka ‘bajet’ kalah oleh segelintir peminat fanatik tempatan sebelum ini apabila dibelasah Socceroos 0-5 dalam aksi persahabatan di Stadium Canberra petang semalam.."Jangan pernah berhenti berharap".. Demikian semangat yang wajar ditunjukkan oleh peminat bola sepak tempatan yang harus akur mengenai perbezaan kekuatan kedua-dua pasukan yang "ibarat langit dengan bumi". Tapi tajuk berita kosmo hari ini lebih mencengkam kalbu.... -Admin Kelana



Kosmo : Amaran Downing buat United







Pemain sayap Liverpool, Stewart Downing memberi amaran kepada Manchester United menjelang aksi Liga Perdana England pada 15 Oktober ini. Downing yakin Liverpool mampu menewaskan United.


Downing, 27, memberitahu, skuad bimbi- ngan Kenny Dalglish itu masih berada dalam situasi terbaik.


Downing yang dibeli dari Aston Villa berkata, skuad The Reds telah mempamerkan aksi yang menarik sepanjang musim ini.


Dia yakin Liverpool mampu menyamai rekod United yang memenangi 19 gelaran liga dan berhasrat untuk menewaskan The Red Devils di Anfield nanti.


"Kami telah mencipta pelu- ang dan saya merasakan ia akan tiba (menjulang Liga Perdana England) apabila kami berjaya menewaskan mereka (Chelsea, United, Manchester City dan Arsenal)," kata Downing.


"Kami perlu lebih klinikal dan perlu menewaskan kelab- kelab besar dan aksi menentang Wolverhampton Wande- rers adalah contoh yang baik. Kami jadikan ia sebagai satu hari yang lebih sukar daripada yang difikirkan.


"Tetapi ia adalah sesuatu yang baik untuk melihat pemi- nat menikmati corak permainan pasukan ini.


"Peminat mahu dilayan, lihat gol yang dijaringkan dan pergerakan barisan serangan.


"Beberapa pengurus tidak mahu corak permainan terlalu terbuka. Tetapi dari sudut pandangan peminat, pemain berada di sana untuk bermain dan melakukan yang terbaik. Saya fikir, terutamanya di laman sendiri, kami berjaya beraksi dengan menarik.


"Memang baik untuk menja- ringkan gol dan saya tidak sabar menunggu untuk memperoleh satu gol ketika menentang United nanti.


Ia akan menjadi lebih sempurna," ujarnya. - Agensi

KEPUTUSAN TERKINI SELANGOR VS SINGAPURA 1 OKTOBER 2011 | SIARAN LANGSUNG SELANGOR VS SINGAPURA 1 OKTOBER 2011

Dramatic Rise in the struggle Malaysia Cup quarter-final slot on the day of Malaysia will be talismans for Red Giant's team regain the trophy from the hands of the Sultan of Selangor Cup rival Singapore when they made the calculation of the Shah Alam Stadium tonight.

Selangor choice squad severely beaten 6-0 last year more confident that the embarrassing defeat of revenge when the show is reinforced by sensational striker Mohd Safee Sali and two former Manchester United and Liverpool, Jesper Blomqvist and Jason McAteer.


Secretary-General of the Football Association of Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin said, all the players determination chart success this time as a gift to the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah anniversary of the coronation of the 10th Sultan of Selangor.

"FAS give full support to efforts to regain the Sultan of Selangor Cup after last won in 2008. We look for serious meetings with Singapore was a very important victory for the gifts to the Sultan of Selangor to the anniversary of the coronation of-10 this year.


"In Selangor, Sultan of Selangor Cup matches will also be the best preparation before facing the Malaysia Cup quarter-finals next October 10th with the Silver," he said.


Since the cup was introduced, Bangkok and Singapore each won four times and became the joint winner in 2004.



We will put Live streaming later if they have any link.


(Full Time)
Veteran Selangor 3 - 1 Veteran Singapura
8 mlm
Pmaniam 1 goal , Dolah Salleh score 2 goal for Selangor

(Full Time)
Selangor 0 - 1 Singapura
9mlm
45' first half just finish with both team play attacking game.
66' Goall...own goal by Selangor player Assaruddin
94' Full time

No comments:

Post a Comment